Kamis, 01 Juli 2010

Tarbiyah Melahirkan Mukmin Mujahid


[KAJIAN] Tarbiyah Melahirkan Mukmin Mujahid
http://members.tripod.com/~hasan98/tarbiyah.htm

*******************************************************
HIKMAH:
Tarbiyah Islamiyah bukan sekadar membentuk seseorang
itu menjadi mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwa
seorang diri sahaja. Tetapi ia juga bertujuan
melahirkan mukmin yang sedia berkhidmat, memberi
sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah
SWT.
*******************************************************

Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya sehingga
menjadi MUJAHID YANG KUKUH IMAN MEREKA, SENANTIASA
BERSEDIA UNTUK BERKORBAN DAN BERJIHAD DI JALAN ALLAH.
Apabila Islam berhajat kepada kerja dakwah, maka
tampillah para da'i yang jujur, berani dan sabar
menyampaikan risalah Islam melalui lisan dan contoh
yang baik. Apabila Islam memerlukan pengorbanan harta
benda, maka tampillah sahabat yang mempunyai harta
kekayaan menyerahkan harta benda mereka kepada
Rasulullah SAW dengan penuh keredhaan tanpa bakhil,
seperti Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Osman
Ibn Affan dan Abdul Rahman al-'Auf.

Semua ini adalah PRIBADI YANG LAHIR HASIL DARIPADA
TARBIYAH IMANIYAH YANG BERJALAN DI DALAM MADRASAH
RASULULLAH SAW. Didikan Rasulullah SAW bukan untuk
melahirkan ahli falsafah atau kumpulan sufi yang asyik
dengan riadah ruhiyah semata-mata tanpa menghiraukan
tipudaya musuh yang ingin menghancurkan Islam.
Rasulullah SAW pernah menegur seorang lelaki yang
ingin mengasingkan diri untuk beribadah dan
meninggalkan jihad. Kata Rasulullah SAW kepada lelaki
itu;

"Jangan kamu lakukan demikian. Sesungguhnya tegak
seseorang kamu di jalan Allah (berjihad) adalah lebih
utama daripada ia sembahyang dirumahnya selama 70
tahun. Apakah kamu tidak suka Allah mengamponkan kamu
serta memasukkan kamu ke dalam syurga? Berjihadlah
pada jalan Allah. Sesiapa yang berperang pada jalan
Allah di atas belakang unta , maka wajiblah baginya
syurga" (Hadis riwayat At-Tarmizi).

Hasan al-Banna pernah menyebutkan: "Jihad adalab fardu
yang berjalan terus sampai hari kiamat."

Sabda Rasuluilah SAW: "Barangsiapa mati padahal dia
tidak berjihad dan tidak pernah berniat berjihad, maka
matinya seperti mati jahiliyah."

SERENDAH-REMDAH TINGKAT JIHAD ITU IALAH DENGAN CARA
MEMBANTAH DI DALAM HATI, DAN SETINGGI-TINGGINYA IALAH
PERANG FI SABILILLAH KARENA KEBENARAN. Di antara
kedua-dua tingkatan itu terdapat cara-cara jihad yang
lain seperti berjihad dengan lidah, berjihad dengan
pena, berjihad dengan tangan dan bejihad dengan cara
berani bercakap benar di hadapan raja yang zalim.
SEMUA SIFAT DAN TINGKATAN JIHAD TERSEBUT AKAN LAHIR
MELALUI PROSES TARBIYAH IMANIYAH, INSYA ALLAH.


PROSES TARBIYAH MESTI BERTERUSAN
Proses Tarbiyah lmaniyah mestilah berterusan, tidak
boleh diabaikan atau dihentikan separuh jalan atau
ditamatkan. Silibusnya mencakupi sepanjang hayat
seorang muslim.

Menurut Al Syekh Mustafa Masyur bahawa TARBIYAH DAN
PEMBERSIHAN JIWA DIUMPAMAKAN SEPERTI MAKANAN DAN
SIRAMAN BAGI POHON YANG DISEMAI ATAU DITANAM. Jika
pohon tidak dibajai dan disirami sentiasa, maka ia
akan layu dan kering. la akan terus hidup subur jika
dibajai dan disirami. Demikianlah manusia. HIDUP
SEBENARNYA BAGI INDIVIDU ATAU JAMAAH ADALAH KARENA
ADANYA IMAN. Hidup manusia sebenarnya adalah hidup
hatinya dengan keimanan bukan hidup jasad yang akan
fana. Iman di dalam hati itulah yang akan melahirkan
kehidupan yang bermakna. Hati perlu digilap selalu
kerana ia mungkin berkarat. Rasuluilah SAW bersabda
yang bermaksud:

"Sesunggubnya hati manusia itu berkarat seperti
berkaratnya besi. Sababat-sababat bertanya: Apakah
pengilapnya wahai Rasulullah?. Rasulullah menerangkan:
membaca Al Quran dan mengingati maut (mati).' (HR Al
Baibaqi)

lman yang berada dalam iiwa manusia sentiasa terdedah
kepada kelunturan dan kelemahan kerana dijangkiti oleh
berbagai penyakit seperti kesibukan urusan duniawi,
dan lain-lain. Oleh itu kita perlu banyak memohon
pertolongan kepada Allah SWT dengan sentiasa
memperbaharui keimanan kita. Sabda Rasuluilah SAW:

"Sesungguhnya iman itu boleb lusuh seperti lusuhnya
pakaian, maka bendaklah kamu memobon doa kepada Allah
SWT supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa
kamu.' (HR Al Hakim dan At Tabrani)


FAKTOR KEJAYAAN TARBIYAH ISLAMIYAH
Dr. Yusuf AI Qardhawi dalam bukunya, telah menjelaskan
bahwa di sana ada BEBERAPA FAKTOR YANG MEMBANTU
MENJAYAKAN TARBIYAH ISLAMIYAH, antaranya :

1. Keyakinan sepenuhnya bahawa tarbiyah adalah
satu-satunya wasilah yang paling berkesan untuk
merubah masyarakat, melahirkan rijal don seterusnya
mencapai kejayaan. Melalui tarbiyahlah Rasuluilah SAW
berjaya membentuk generasi rabbani sebagai contoh yang
sukar ditandingi. Jalan Tarbiyah adalah jalan yang
jauh, jalan yang sukar dan jalan yang bertahap-tahap.
Sedikit sekali yang mampu mengharungi jalan ini, tapi
ianya satu-satunya jalan untuk sampai kepada kejayaan.


2. Hanya Tarbiyah Islam yang mempunyai manhaj dan
matlamat, lengkap dalam semua aspek dan jelas dari
segi sumber, proses don perancangannya.

3. Tarbiyah lslamiyah mampu mewujudkan suasana
masyarakat yang harmoni. Suasana ini membantu setiap
anggota masyrakat hidup secara Islam. Masyarakat
dididik tentang cara memberi tunjuk ajar, cara
bersimpati, memberi pertolongan dan sebagainya. Setiap
anggota merasa sedikit dengan dirinya dan merasa
banyak dengan sahabat. Dia merasa lemah bila
bersendirian dan merasa kuat dengan berjemaah.

4. Adanya pemimpin yang bersifat pendidik dengan
fitrah yang Allah anugerahkan kepadanya. Pengetahuan
dan pengalamannya menjadikan Tarbiyahnya lahir
daripada hati sanubari yang bersih dan ikhlas kerana
Allah SWT semata-mata. Setiap perkataan yang keluar
dari hati akan masuk ke hati-hati yang lain tanpa
sekatan. Perkataan yang hanya lahir dari lidah
semata-mata tidak akan mampu melewati telinga pun.
Perpatah ada menyatakan: "Orang yang kehilangan
sesuatu benda nescaya ia tidak akan dapat
memberikannya."

5. Mempunyai pendidik-pendidik yang ikhlas, berwibawa
dan beramanah mengikut jalan pemimpin agong Muhammad
SAW. Tidaklah dimaksudkan pendidik di sini mereka
yang keluar dari pusal-pusat pengajian tinggi dalam
bidang tarbiyah atau pendidikan, dengan ijazah masters
atau PhD. Yang dimaksud dengan pendidik di sini ialah
MEREKA YANG MEMPUNYAI KEIMANAN YANG TINGGI, KEROHANIAN
YANG KUAT, JIWA YANG BERSIH, KEMAUAN YANG KENTAL,
SIMPATI YANG LUAS DAN KEWIBAWAAN YANG MEMBERI KESAN
KEPADA ORANG LAIN. Dia mungkin seorang jurutera atau
seorang pegawai biasa atau seorang peniaga atau
seorang buruh yang tidak ada kaitan dengan
prinsip-prinsip atau sistem pendidikan.

6. Menggunakan berbagai-bagai wasilah seperti
kegiatan-kegiatan di dalam halaqat, usrah-usrah, dan
katibah-katibah yang dijuruskan ke arah matlamat
pembangunan insan muslim yang soleh dan sempurna.


PENUTUP
Menjadikan Islam sebagai satu alternatif penyelesaian
kepada masalah umat manusia mestilah lahir daripada
keyakinan yang berteraskan keimanan, bukan disebabkan
kegagalan sistem sistem lain. Islam hanya boleh
memainkan peranannya untuk menyelesaikan masalah
manusia apabila ianya diambil secara syumul dalam
bentuk konkrit.

Oleh itu setiap pekerja (amilin) Islam mestilah
dibentuk dan diproses berteraskan aqidah tauhid yang
bersumberkan daripada Al Quran dan Sunnah Rasulullah
SAW. Islam tidak akan dapat dibangunkan tanpa rijal
(pahlawan). Rijal tidak dilahirkan tanpa melalui
proses Tarbiyah. Dan Tarbiyah tidak akan memberi
sebarang kesan tanpa penglibatan dan penghayatan yang
bersungguh-sungguh daripada setiap individu. Adalah
menjadi harapan dan keyakinan setiap muslim bahawa
masa depan adalah milik Islam.

*IKATLAH ILMU DENGAN MENULISKANNYA*
Al-Hubb Fillah wa Lillah,
=====

1 komentar: